22.4.08

Keahlian

- Terbuka untuk semua Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Aminah sahaja.
- Keahlian adalah percuma dan seumur hidup.

* Kakitangan hospital yang lain tidak dibenarkan menjadi ahli tetapi masih boleh menggunakan perkhidmatan perpustakaan yang lain kecuali pinjaman.
* Pengguna bukan ahli boleh membuat rujukan dan salinan ke atas bahan-bahan yang mereka perlukan.

Perkhidmatan Yang Disediakan

1- PINJAMAN
- Hanya untuk ahli perpustakaan sahaja. Setiap ahli layak meminjam 2 buku untuk tempoh 2 minggu dan 1 jurnal untuk tempoh 1 minggu.
- Pembaharuan pinjaman dibenarkan untuk tempoh seminggu sahaja, sekiranya buku tidak ditempah. Pembaharuan ulangan tidak dibenarkan,dan pinjaman semula hanya selepas dua minggu buku dikembalikan. Pembaharuan terhadap jurnal tidak dibenarkan.
- Tempahan ke atas bahan yang dipinjam oleh pengguna lain boleh dilakukan dan tempahan akan terbatal sekiranya pengguna tidak mengambil bahan dalam tempoh 24 jam.
- Pemulangan bahan mesti dibuat sebelum atau pada tarikh akhir pinjaman atau denda 10 sen sehari akan dikenakan bagi setiap bahan yang lewat dipulangkan.
* Keahlian akan digantung sekiranya bahan tidak dipulangkan selepas peringatan ketiga dikeluarkan.

2- Internet
- Untuk ahli penggunaan perkhidmatan internet adalah percuma. Kadar bayaran RM2 sejam dikenakan kepada bukan ahli perpustakaan. Kadar bayaran cetakan ialah 20 sen satu muka surat.
- 'Personal E-mail' adalah tidak dibenarkan.
- Pengaksesan maklumat hanya untuk tujuan ilmiah sahaja.
- Tidak dibenarkan membawa atau menggunakan 'pen drive', disket, cd atau peralatan lain untuk tujuan penyimpanan.

3- Cd Rom
- Untuk ahli perpustakaan sekiranya ingin merujuk DVD rakaman CME yang telah dibuat di PGMC setiap hari Jumaat.
- Bahan hanya untuk rujukan dan tidak boleh dipinjam keluar.

4- Fotokopi
- Terbuka untuk semua pengguna perpustakaan.
- Bayaran 10 sen setiap helai akan dikenakan.

5- Penggunaan Dewan Kuliah
- Penggunaan dewan kuliah adalah terhad bagi tujuan mesyuarat klinikal, ceramah, kursus, bengkel dan tayangan video sahaja.
- Penggunaan Dewan adalah percuma untuk jabatan Hospital Sultanah Aminah dan akan dikenakan bayaran RM75 untuk setiap penggunaan dari badan atau agensi luar.
- Tempahan untuk penggunaan dewan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 2 minggu daripada tarikh aktiviti akan diadakan dan keutamaan akan diberikan kepada penempahan awal.
- Sebarang penempahan sila berhubung dengan kakitangan perpustakaan di talian sambungan 3004/3005.

Waktu Operasi

Isnin - Khamis : 8.15 pagi - 4.45 ptg
Jumaat : 8.15 pagi - 12.15 tghri
2.45 ptg - 4.45 ptg
Sabtu & Ahad : Tutup
Cuti Umum : Tutup

Sejarah PPHSA

Perpustakaan Perubatan, Hospital Sultanah Aminah telah diasaskan pada tahun 1968 di Tingkat 6, Bangunan Induk Hospital Sultanah Aminah selari dengan kewujudan Pusat Latihan Lanjutan Perubatan (Post Graduate Medical Centre - PGMC)Hospital Sultanah Aminah. Kemudian ia telah ditempatkan di Bangunan Pusat Bersalin pada 28 Mac 1994 hingga 03 Mac 2008. Pada 04 Mac 2008 perpustakaan sekali lagi berpindah ke Bangunan Ros yang menempatkan Perpustakaan Perubatan, Pendidikan Pesakit dan Dewan Ros.
Objektif utama penubuhan adalah sebagai pusat pembelajaran untuk para pegawai perubatan di HSA. Koleksi bahan-bahan rujukan kami terdiri dari buku, jurnal dan CdRom.