Sejajar dengan dasar kerajaan, melaksanakan kempen membaca dengan harapan dapat memberi galakan serta meningkatkan sikap membaca di kalangan masyarakat negara ini. Seruan ini turut disahut oleh Hospital Sultanah Aminah untuk mewujudkan suasana budaya membaca di kalangan anggota dan juga pelanggan HSAJB. Sehubungan dengan itu, Pustakawan, Perpustakaan Perubatan, HSAJB telah dipilih sebagai Penyelaras untuk program ini.
Terdapat 4 lokasi yang dikenalpasti menjadi ruang utama 'Kempen Membaca Sambil Menunggu', iaitu:-
(i) Foyer 1, Bangunan Poliklinik HSAJB (Unit Promosi Kesihatan);
(ii) Foyer II, Bangunan Poliklinik HSAJB;
(iii) Ruang Rehat di Balai Pelawat
(iv) Kaunter Bawah Bangunan L& D
(ii) Foyer II, Bangunan Poliklinik HSAJB;
(iii) Ruang Rehat di Balai Pelawat
(iv) Kaunter Bawah Bangunan L& D
Lanjutan itu, kami ingin meminta sumbangan bahan-bahan bacaan daripada anggota HSAJB, agensi kerajaan, pembekal dan penerbit buku, orang perseorangan dan badan-badan lain untuk mendermakan bahan-bahan bacaan seperti majalah, buku, poster, risalah dan sebagainya untuk menambah koleksi kempen ini. Segala sumbangan bahan perlu diserahkan kepada :-
UNIT PERPUSTAKAAN PERUBATAN,
BANGUNAN ROSE,
HOSPITAL SULTANAH AMINAH,
80100 JOHOR BAHRU,
JOHOR.
Tel : 07-2257000 ext - 3005/3006
07- 2276458
Kempen ini akan dimulakan pada 01 Julai 2008 dan akan dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Johor pada tarikh yang akan diumumkan kelak.